Tuesday 3 May 2011

Latar Belakang DXN Holding Berhad

1.0 Latar belakang syarikat

DXN ditubuhkan oleh Dato’ Dr.Lim Siow Jin, seorang graduan Institute of Technology, India. Beliau sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap kulat dan hubungkaitnya dengan kesihatan manusia. Menyedari kepentingan dan kebaikan Lingzhi, beliau mula berkongsi pengetahuan tentang herba ajaib ini bersama dengan rakan-rakannya. Akhirnya pada tahun 1993, impian Dato’ Dr. Lim Siow Jin menjadi kenyatan apabila DXN ditubuhkan.
           
            DXN ditubuhkan pada 1993 oleh Dato’Lim Siow Jin, DXN merupakan sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat. Syarikat ini bertapak di Malaysia dan amat terkenal dengan perniagaan Ganodermanya. Rangkaian produknya merangkumi siri makanan kesihatan, siri makanan dan minuman, siri penjagaan diri, siri penjagaan rumah dan rawatan sistem air. Pada 30 September 2003, DXN Holdings Berhad telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur.
           
            DXN Holdings Berhad merupakan syarikat pemegangan pelaburan dan pengurusan bagi Kumpulan DXN. DXN sentiasa mengutamakan kualiti dan ini telah membolehkan syarikat ini memenangi banyak penghargaan dan pengiktirafan daripada pelbagai organisasi kesihatan dan perniagaan. Selaras dengan dasar mantap dan perkembangan mampan, DXN telah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya dengan pesat, yang merangkumi hartanah, tenaga dibaharui, teknologi maklumat dan lain-lain. Dalam perniagaan teras, iaitu pemasaran rangkaian, perkembangan DXN yang pesat di pasaran global diakui di peringkat antarabangsa dengan peningkatan ahli di seluruh dunia dan peluasan tapak di lokasi strategik penting. Dengan lebih daripada 4 juta pengedar berdaftar di seluruh dunia, DXN mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dunia dalam produk Ganoderma.
           
            DXN telah mendirikan kilang pengeluarannya yang telah menggabungkan teori perubatan Dato’ Dr.Lim sendiri dengan teknologi yang serba canggih untuk memproses produk Ganodermanya. Kilang bersepadu DXN Pharmaceutical Sdn.Bhd mempunyai keluasan 28,000 kaki persegi. Dengan adanya kilang bersepadu ini, DXN mampu menjalankan pengurusan dan pengawalan mutu di bawah pengawasan ketat mulai dari peringkat penanaman kepada pemprosesan dan pemasaran. Di samping itu, DXN Pharmaceutical juga menjamin kapasiti pengeluaran yang tinggi agar mampu memenuhi permintaan para ahli yang kian meningkat.

1.1       Falsafah DXN

            Harga Rendah, Kualiti Tinggi
            Profil Rendah, Pendapatan tinggi

            Falsafah DXN adalah mengenakan harga yang rendah bagi kesemua produk syarikat yang berkualiti tinggi, mempunyai profil yang rendah walaupun para pengedar syarikat menjana pendapatan yang tinggi, menepati konsep jualan langsung. Sistem ini sesuai untuk sesiapa jua tanpa mengira latar belakangnya. Sistem perniagaan ini membolehkan setiap pelanggan menikmati pencapaian peribadi yang membawa kepada pencapaian kewangan yang lebih teguh. Lebih penting lagi, ramai yang telah mengakui bahawa mereka berasa sihat setelah menggunakan produk DXN. Falsafah ini merupakan asas kajayaan DXN dalam bidang jualan langsung.



1.2       Logo DXN

Logo DXN melambangkan kejayaan:

·      MERAH - Melambangkan api yang diibaratkan sebagai semangat syarikat yang sentiasa berkobar kobar untuk maju.
·    HIJAU - Melambangkan pokok yang diibaratkan sebagai perkembangan pasaran syarikat yang semakin berkembang dan maju.
·   BIRU - Melambangkan air mewakili syarikat sebagai asas untuk segala pembangunan yang dilaksanakan dengan penuh bersemangat.
·  Bentuk bujur berwarna merah mewakili matahari terbit yang melambangkan kesungguhan, ketekadan, ketekunan dan ketabahan dalam mencapai visi dan matlamat DXN.
·    Ranting hijau mewakili Ganoderma melambangkan iltizam serta komitmen tinggi syarikat dalam mencapai kejayaan terulung dengan memfokuskan industri yang berasaskan produk kesihatan
·   Garisan melintang biru melambangkan syarikat sebagai daya penggerak atau dorongan untuk berkembang dan maju.

1.3       Aktiviti Perniagaan

            DXN mempunyai skop perniagan yang begitu meluas hingga ke luar negara. Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh DXN Pharmaceutical yang merupakan anak syarikat kepada DXN Holdings Berhad adalah berasaskan operasi pengeluaran makanan dan minuman yang berasaskan Ganoderma.

Kilang DXN Pharmaceutical ini terletak di:
Kg. Padang Panjang,
Jalan Bukit Wang,
06000 Jitra Kedah,
Malaysia.





1 comment:

  1. The Future of Spade. - Titanium Art
    by TITNART · 2021 — The Future ford escape titanium of Spade. titanium paint color Spade, the new game surgical steel vs titanium created for the original Sonic the Hedgehog game. From the early micro touch titanium trim '90s, Spade has grown to become the titanium 170 welder best

    ReplyDelete