Tuesday 3 May 2011

Cadangan kepada DXN

4.0 Cadangan
4.1 Pelaksanaan Strategi Pembangunan Produk

Peringkat ini merupakan peringkat paling kritikal dalam pengurusan strategi. Kejayaan syarikat DXN merealisasikan objektif, misi dan visinya banyak bergantung kepada kemampuannya menghubungkaitkan strategi pembangunan produk dengan program,belanjawan dan prosedur yang terletak di peringkat pelaksanaan ini dengan baik.
Pelaksanaan Strategi Pembangunan Produk bagi syarikat DXN ini adalah dengan berorientasikan kepada usaha-usaha membangunkan produk sedia ada. Apa yang dimaksudkan dengan pembangunan produk disini ialah usaha-usaha kearah menambahbaik kualiti produk. Contohnya,  salah satu produknya ialah Minuman Jambu Batu merah DXN diperbuat daripada buah puri dan tidak mengandungi pewarna tiruan dan juga diperkaya dengan Vitamin C.
Syarikat DXN hanya mengeluarkan minuman jambu batu dalam bentuk cecair. Bagi membangunkan produk ini syarikat ini boleh mengeluarkan minuman ini dalam bentuk serbuk pula. Kelebihan nya ialah serbuk ringan daripada cecair dan paketnya lebih kecil yang mudah dibawa oleh pelanggan.
Selain itu, syarikat ini amat menekankan kepada ganoderma. Fokus mereka hanyalah kepada produk yang berasaskan ganoderma. Antara produk yang dikeluarkan ialah minuman jambu batu merah, spirulina kopi, jem dan sebagainya. Melalui penekanan yang diberikan oleh syarikat ini, jelas menunjukkan pembangunan produk adalah strategi yang paling sesuai digunakan. Ini kerana untuk membangunkan sesuatu produk, penekanan kepada sesuatu produk yang ingin dibangunkan adalah penting bagi mengelakkan dari berlaku kerugian akibat dari salah memilih produk yang ingin dibangunkan. 

4.2 Langkah-langkah dalam Strategi Pembangunan Produk
  1. Memastikan strategi yang ingin dilaksanakan bersesuaian dengan struktur syarikat. 
  2. Mewujudkan sistem ganjaran yang menarik apabila pekerja berjaya mencapai objektif disamping mewujudkan sistem dendaan yang munasabah apabila mereka gagal.
  3. Mewujudkan budaya kerja yang berorientasikan kepada usaha-usaha kearah meningkatkan kemahiran.
  4. Sentiasa peka dengan perubahan persekitaran dalaman dan luaran syarikat dan melakukan proses perekayasaan (re-engineering) yang terbaik.
  5. Pastikan sistem sokongan yang digunakan sesuai dengan sistem utama syarikat.
  6. Polisi dan prosedur yang digunakan mestilah bersesuaian dengan objektif, misi dan visi syarikat.
  7. Peruntukan kewangan mestilah sesuai dengan objektif syarikat.
  8.  Mengamalkan gaya kepimpinan, pengagihan kuasa dan budaya korporat yang bersesuaian.
  9. Setiap program mestilah mempunyai tempoh masa penyiapan yang realistik.
  10. Mengenal pasti dengan jelas siapakah yang akan melaksanakan strategi dan siapakah yang akan  memantau perkembangannya.
  11. Memastikan setiap program mempunyai strategi alternatif. 


4.3 Pencapaian Pelaksanaan Strategi Pembangunan Produk keatas DXN.

  1. Mampu membantu syarikat DXN mencapai pulangan keuntungan melebihi kadar purata untung semasa apabila produknya berjaya memasuki pasaran. 
  2. Mampu meletakkan syarikat DXN dalam kedudukan yang lebih kompetetif kerana pesaing akan menghadapi kesukaran untuk bersaing pada harga yang rendah (perang harga) terutama sekali melibatkan produk baru yang dihasilkan DXN dan penurunan harga secara mendadak kerana kos yang rendah.
  3.  Mampu mengekang tekanan dari pembeli terutama sekali pembeli-pembeli yang mementingkan kepelbagaian dan harga produk. Strategi ini membolehkan syarikat ini menghasilkan pelbagai produk keggunaan oleh setiap peringkat umur dalam produk makanan dan minuman berasaskan ganoderma selain meletakkan harga yang rendah kerana tiada kos pembelian bahan mentah dari pembekal.
  4. Mampu meletakkan produk dalam kelas tersendiri (tiada produk ganti) dan kelebihan ini mampu mengurangkan ancaman pesaing.
  5. Menyukarkan syarikat baru untuk memasuki pasaran kerana produk baru yang ditawarkan mempunyai keunikan tersendiri.
  6. Mampu meningkatkan tahap kesetiaan pelanggan terhadap produk terutamanya sekali di kalangan pelanggan yang inginkan kelainan.


No comments:

Post a Comment