Tuesday 3 May 2011

Analisis DXN

2.0 Analisis

            Berdasarkan kepada aktiviti perniagan yang dijalankan oleh DXN Pharmaceutical iaitu operasi pengeluaran makanan dan minuman, maka syarikat ini akan berada di dalam industri yang berkaitan dengan industri perindustrian makanan dan minuman.

2.1       Industri Syarikat

            Setiap pernigaan yang dijalankan oleh syarikat adalah berbeza dari segi industrinya. Bagi DXN Pharmaceutical, syarikat ini berada dalam industri yang boleh dikatakan industri yang mempunyai saingan yang kuat. Syarikat DXN menjalakan operasi pengeluaran makanan dan minuman yang berasakan kepada Ganoderma. Kebiasaannya, DXN dapat mengeluarkan jumlah bilangan pengeluaran sebanyak 9000 ketul atau keping Ganoderma dalam satu hari. Kelebihan yang dimiliki oleh DXN adalah dimana syarikat ini mempunyai pembekal utama bahan mentah mereka sendiri iaitu DXN Pharmaceutical (Farm) yang terletak di sebelah kilang syarikat tersebut.

2.2       Alat Utama Digunakan Dalam Industri

Ganoderma




Ganoderma adalah adalah basidiomycete, kulat lamellaless yang merupakan kepunyaan famili polyporaceae. Secara semulajadi, tumbuhan tersebut bertumbuh pada kayu atau pokok-pokok yang tebal. Ganoderma boleh didapati di gunung-ganang yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan kelihatan berkaburan. Ganoderma disebut Reishi dalam bahasa Jepun, manakala dalam bahasa Cina pula disebut “Ling Zhi”.

            Ganoderma terbahagi kepada 6 kategori berdasarkan warnanya iaitu Ganoderma Hitam, Ganoderma Ungu, Ganoderma Merah, Ganoderma Putih, Ganoderma Kuning dan Ganoderma Biru. Bagi DXN Pharmaceutical, syarikat ini lebih cenderung menggunakan ganoderma yang berwarna merah atau nama saintifiknya Lucidum. Ganoderma ini merupakan cendawan yang paling terkenal, moden dan telah mula diterokai serta bercucuk tanam pada zaman sekarang. Ia mempunyai bentuk yang serupa dengan bentuk buah pinggang. Permukaannya mempunyai warna yang bersinar-sinar, dari merah ke coklat merah. Semasa muda, lapisan luar berwarna putih ke warna kuning dan batangnya mempunyai warna yang serupa dengan cendawan. Antara produk minuman dan makanan yang dikeluarkan oleh DXn berasaskan Ganoderma adalah kopi lingzhi, jus buah-buahan, jam nenas, bijirin, teh dan banyak lagi.

Contoh produk minuman dan makanan utama DXN:


Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 diperbuat daripada biji kopi yang bermutu tinggi dan 100% lingzhi tulen, tidak mengandungi bahan pewarna. Jadi ia dapat menyegarkan minda tetapi tidak mempengaruhi kesihatan pelanggan. Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Pembungkusannya memudahkan pelanggan menikmati kopi berperisa unik di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa mengikut kesukaan pelanggan.



Minuman Jambu Batu merah DXN diperbuat daripada buah puri dan tidak mengandungi pewarna tiruan dan juga diperkaya dengan Vitamin C. Minuman yang menyegarkan ini adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang perihatin terhadap kesihatan mereka. Warna merah jambu yang semulajadi dan rasanya yang enak memang memuaskan pada hari panas.



Spirulina terkenal dengan khasiat pemakanan yang seimbang manakala bijirin pula merupakan makanan berserat tinggi yang sering disyorkan oleh ahli pemakanan. Bijirin Spirulina DXN terdiri daripada gabungan bijirin dan serbuk spirulina yang berkualiti tinggi. Ia merupakan salah satu sumber pemakanan yang utama bagi pelanggan.



2.3       Kunci dan Misi dalam Industri
DXN Pharmaceutical mempunyai tiga konsep dalam bersaing dengan syarikat lain dalam industri minuman dan makanan ini. Tiga konsep tersebut adalah:


·         EKA NAGA
Kami menguasai seluruh proses dari penanaman hingga ke pemasaran.

·         EKA DUNIA, EKA PASARAN
Para pengedar kami menikamati pelbagai faedah dan bonus antarabangsa dengan satu kad keahlian.

·         EKA MINDA
Tumpuan di berikan kepada pencapaian Wawasan Global dan berusaha membantu para pengedar mencapai matlamat.


2.4       Profil Pesaing DXN

            Syarikat pesaing utama kepada DXN Pharmaceutical adalah syarikat GanoExcell di mana syarikat ini juga mengeluarkan produk yang sama dengan DXN iaitu produk yang berasaskan kepada herba atau dengan lebih saintifik lagi Ganoderma.



GanoExcell adalah sebuah syarikat yang berkembang pesat sebagai syarikat pemasaran multilevel yang ditubuhkan sejak tahun 1995. Syarikat ini mempunyai ladang organik Ganoderma (Lingzhi) yang terbesar di dunia yang di perakui Good Manufacturing Practices (GMP) kilang dan rangkaian jualan langsung dari 28 negara dan masih terus berkembang. GanoExcell adalah syarikat terkemuka dalam hal penyelidikan, penanaman dan pengeluaran yang inovatif yang boleh dianggap sebagai kelas dunia dalam mengeluarkan produk nutrisi, minuman, penjagaan diri dan produk penjagaan kulit berasaskan Ganoderma.

2.5       Produk Keluaran Pesaing
            GanoExcell telah mengeluarkan pelbagai produk dalam bentuk minuman dan juga makanan. Kesemua produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah menyamai produk yang dikeluarkan oleh DXN Pharmaceutical di mana ianya berasaskan Ganoderma. Antara produk yang ditawarkan oleh GanoExcell adalah: 





GanoCafe 3 dalam 1
Minuman yang bergizi yang dibuat daripada ekstrak Ganoderma lucidum, kopi berkualiti, non-dairy creamer dan gula. GANOCAFÉ 3-IN-1 adalah minuman yang dikenali pertama di dunia yang datang dalam kombinasi kopi dan Ganoderma lucidum.


Gano Spirulina Oats C'REAL
Gano C'REAL Spirulina Oats, cara terbaik untuk memulakan hari anda. Diperkaya dengan ekstrak Ganoderma lucidum, spirulina, gandum, non-dairy creamer dan gula, merupakan makanan berkhasiat yang sesuai untuk seluruh keluarga. Spirulina menyediakan keperluan nutrisi setiap hari bagi tubuh. Oats dipercayai untuk membantu pencernaan dan untuk mengawal berat badan dan digabungkan dengan ekstrak Ganoderma.

2.6       Strategi Pesaing
            Strategi yang digunakan oleh GanoExcell adalah lebih kurang sama dengan DXN dimana mereka ini lebih menumpukan kepada kualiti produk keluaran mereka tersebut. Misi dan Falsafah Korporat 5K iaitu, Kesihatan , Kekayaan, Kejayaan, Kebahagian dan Kebajikan telah memberi banyak manfaat dan perangsang kepada para usahawan Gano Excel selama ini. Ini juga merupakan strategi yang digunakan oleh GanoExcell untuk mengukuhkan lagi perniagaan mereka pada masa hadapan.

            Jaringan ,penyelidikan,penanaman, pemprosesan hinggalah ke peringkat pemasaran produk yang di uruskan sendiri telah mengukuhkan lagi Gano Excel dalam industri MLM di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Perkembangan yang dialami kini meletakan Gano Excel dalam posisi yang strategik ke arah pencapaian cemerlang dan gembilang di era globalisasi. Selain syarikat ini juga mengamalkan strategi “pintu terbuka” iaitu sentiasa menarik minat pelanggan terhadap pelanggan mereka dan juga memberi peluang perniagaan kepada para ahli untuk menceburkan diri dalam perniagaan Gano ini.

2.7       Objektif dan Peluang Perniagaan Pesaing

            Gano Excel Industries Sdn Bhd ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan amalan perniagaan terbaik dengan menyediakan produk kesihatan yang sangat baik untuk memberi kesihatan, kekayaan, kejayaan dan kebebasan kewangan kepada masyarakat dan pertumbuhan ekonomi global. Gano Excel Industries Sdn Bhd dalam kerjasama dengan pengedar terkemuka di seluruh dunia komited untuk terus menyediakan peluang kepada pelanggan dalam bentuk produk kesihatan dan kekayaan dalam Industri trilion kesihatan seterusnya. Impian akan menjadi kenyataan melalui manfaat rancangan Gano Excel Industries Sdn Bhd dimana pemasarannya yang sangat baik dan sokongan korporat yang sangat baik.


            Gano Excel membuka peluang keemasan kepada mereka yang ingin meningkatkan taraf hidup dengan memulakan perniagaan sendiri dengan modal yang rendah tanpa meletakan diri kepada risiko kewangan .Mereka mampu melakukannya secara separuh masa atau sepenuh masa untuk menambah pendapatan bulanan. Pihak syarikat juga mempunyai sistem latihan sokongan dan alat bantuan perniagaan kepada para ahli dalam membantu mengembangkan perniagaan ini.

            Gano Excel amat komited dan sentiasa berusaha mencapai kemajuan yang berterusan dengan mengukuhkan strategi perniagaannya sama ada untuk pasaran dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.


2.8 Analisis KLAP (SWOT) bagi Syarikat DXN.

Analisis ini terdiri daripada empat kuadran iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Kuadran kekuatan dan kelemahan merujuk kepada situasi di persekitaran dalaman syarikat dan kuadran peluang dan ancaman pula merujuk kepada keadaan persekitaran luaran syarikat.
Keberkesanan analisis ini dalam membantu proses penggubahan strategi banyak bergantung kepada kemampuan perancang strategi menyenaraipendekkan factor-faktor dalaman dan luaran mengikut kepentingan nya kepada syarikat. Analisis SWOT yang kami lakukan ke atas syarikat DXN merangkumi 5 faktor sahaja bagi setiap kuadran kerana terlalu banyak faktor yang disenaraikan  boleh membawa kepada sindrom paralysis by analysis iaitu sindrom tidak dapat berbuat apa-apa (lumpuh) akibat terlalu banyak membuang masa untuk membuat analisis ke atas faktor-faktor yang tidak penting. Berikut adalah huraian terhadap faktor-faktor yang biasa dinilai dalam analisis ini.
Terdapat banyak faktor yang boleh dinilai daripada syarikat DXN ini untuk membentuk Analisis KLAP (SWOT) yang baik. Kepentingan satu-satu faktor berbanding faktor lain kepada syarikat DXN adalah berbeza-beza. Keadaan ini selalunya disebabkan oleh perbezaan latar belakang makro (negara), industri dan dalaman syarikat DXN ini sendiri.
Tidak semua syarikat mempunyai faktor yang sama. Pengenalpastian yang telah kami lakukan dalam mengenalpasti faktor-faktor dalaman syarikat DXN adalah dengan menggunakan Analisis McKinsey 7’S. Analisis ini memberi penekanan kepada 7 faktor yang bermula dengan perkataan S iaitu Superordinate Goal, Strategy, System, Structure, Staff, Skill dan Style
Untuk persekitaran luaran atau industri pula, sub-faktor yang kami nilai ialah faktor-faktor yang terdapat di dalam Analisis PEST iaitu (Politik, Ekonomi, Sosio Budaya dan Teknologi).     
  

2.9 Situasi Semasa Pengurusan Produktiviti dan Operasi Syarikat
Analisis Dalaman – Keadaan dalaman DXN
Analisis berpandukan pada Laporan Tahunan DXN 2010.
Kekuatan (S)
Kelemahan (W)
1.      Margin untung meningkat kepada 28%.
2.      Pengguaan teknologi baru.
3.      Strategi pemasaran yang berkesan.
4.      Penguasaan pasaran berasaskan ganoderma meningkat.
5.      Produk halal.
1.      Bantahan gaji oleh pekerja belum selesai.
2.      Produktiviti telah jatuh.
3.      Kos penyelidikan meningkat.
4.      Terlalu bergantung pada industri makanan dan minuman yang berasaskan ganoderma.
5.      Tiada perancangan strategik yang jelas

Analisis Luaran – Keadaan Industri Perindustrian Makanan dan Minuman (luaran)

Peluang (O)
Ancaman (T)
1.      Keteguhan ASEAN
2.      Permintaan tinggi di pasaran dunia
3.      Permintaan ganoderma meningkat setiap tahun
4.      Penanaman ganoderma yang sesuai di Malaysia yang bersuhu panas dan lembab.
5.      Penggunaan ganoderma untuk menghasilkan produk penjagaan diri atau komestik.
1.      Perkembangan pertumbuhan industri kesihatan berasaskan ganoderma yang lembab.
2.      Pesaing membuka lebih banyak cawangan dan ladang ganoderma.
3.      Kelembapan ekonomi di Asia.
4.      Kejatuhan nilai ringgit
5.      Peningkatan Inflasi.


2.9.1 Pengeluaran dan Operasi semasa DXN.

Pengeluaran semasa bagi syarikat ini adalah produk makanan dan minuman yang berasaskan ganoderma. DXN Holding Berhad mempunyai pembekal yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat DXN sendiri iaitu DXN Pharmaceutical (Farm ). DXN Pharmaceutical merupakan pembekal bahan mentah yang utama bagi DXN Holding Berhad. Pengeluaran semasa produk syarikat ini adalah sebanyak 9000 ketul ganoderma sehari.
Dalam industri makanan dan minuman yang berasaskan ganoderma, syarikat ini mampu untuk mengembangkan pasarannya dengan lebih luas lagi disebabkan permintaan yang tinggi diseluruh dunia. Masyarakat sekarang lebih mementingkan kesihatan disebabkan terlalu terdedah dengan berbagai pencemaran yang boleh memberi kesan yang negatif kepada kesihatan. Hal ini menjadi peluang bagi membolehkan syarikat ini maju dalam industri produk kesihatan yang berasaskan herba dalam bentuk amalan pemakanan harian.
Falsafah kepada syarikat ini adalah “harga rendah, kualiti tinggi” maka syarikat ini memerlukan pekerja yang mahir dan mesin yang canggih dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi selain berusaha mengurangkan kos pengeluaran dan operasi produk. Harga rendah memainkan peranan dalam pemasaran seebuah produk. Namun syarikat ini berusaha mendapatkan keuntungan yang tinggi dengan menggunakan strategi perang harga tersembunyi. Dimana strategi ini membolehkan syarikat ini menurunkan harga sesuatu produknya dan meningkatkan harga sesuatu produk yang lain tanpa disedari oleh pengguna. Perang harga yang berkesan adalah dengan meletakkan harga yang lebih murah daripada harga pasaran tanpa menjejaskan keuntungan
Walaupun harga yang rendah menjadi falsafah syarikat ini, namun kebanyakan pengguna lebih memberi penekanan kepada kualiti produk berbanding harga yang rendah. Hal ini kerana produk syarikat ini lebih kepada produk kesihatan yang memerlukan kualiti dalam memulihkan segala penyakit.


2.9.2 Masalah yang dihadapi oleh DXN Holding Berhad.

1.      Masalah Pekerja

Syarikat ini mempunyai lebih 300 pekerja operator yang menjalankan kerja-kerja di bahagian operasi. Masalah yang wujud dikalangan pekerja ini adalah kelewatan dating ke tempat kerja, rehat melebihi masa dan ponteng kerja. Masalah lain yang ditimbulkan oleh pekerja adalah berkenaan penawaran gaji yang dirasai kurang berpatutan dengan kerja mereka. Selain itu, masalah yang wujud dikalangan pekerja adalah masalah kecuaian semasa melakukan kerja dimana para pekerja tidak memakai PPE (Personal Protection Equipment) demi menjaga keselamatan diri di tempat kerja.
  
2.      Masalah Mesin

Walaupun syarikat ini menggunakan peralatan dan mesin yang berteknologi tinggi dan moden, syarikat ini juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah kos yang tinggi dalam memperbaiki mesin yang rosak. Selain itu, kos penyelenggaraan mesin ini semakin meningkat disebabkan memerlukan kepakaran daripada luar.

3.      Masalah Pengeluaran

Setiap syarikat akan memiliki masalah ini iaitu pengeluaran dalam sehari, sebulan atau setahun tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Bagi syarikat ini, jumlah pengeluaran yang telah ditetapkan dalam sehari adalah sebanyak 9000 ketul ganoderma. Tetapi disebabkan oleh masalah pekerja yang lewat datang ke tempat kerja dan kerosakan mesin mengakibatkan pengeluaran menurun dan sekaligus jualan akan menurun.

2 comments:

  1. Saya nak tnya DXN ada mengambil student daripada course food tech untuk latihan industri tak?

    ReplyDelete
  2. Saya nak tnya DXN ada mengambil student daripada course food tech untuk latihan industri tak?

    ReplyDelete