Tuesday 3 May 2011

Analisis Strategi DXN

3.0 Analisis Strategi
3.1  Strategi semasa yang digunakan

Falsafah DXN adalah mengenakan harga yang rendah bagi kesemua produk syarikat yang berkualiti tinggi, mempunyai profil yang rendah walaupun para pengedar syarikat menjana pendapatan yang tinggi, menepati konsep jualan langsung. Strategi ini sesuai untuk sesiapa jua tanpa mengira latar belakangnya. Strategi perniagaan ini membolehkan setiap pelanggan menikmati pencapaian peribadi yang membawa kepada pencapaian kewangan yang lebih teguh.
Berdasarkan falsafah syarikat ini, jelas menyatakan bahawa strategi semasa yang digunakan ialah strategi harga rendah kualiti tinggi. Dalam strategi ini,  mereka menggunakan strategi perang harga tersembunyi. Harga asal dikekalkan tetapi syarikat menawarkan insentif lain bagi mengurangkan harga sebenar. Contohnya, sekiranya pelanggan membeli produk DXN iaitu Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 mereka akan mendapat “point” atau mata. Point atau mata ini perlu dikumpul hingga mencapai jumlah yang ditetapkan. Sekiranya jumlah itu telah mencukupi pelanggan boleh memilih samaada untuk meminta potongan harga atau mendapat produk lain sebagai ganti daripada jumlah mata yang terkumpul itu.
Selain itu, syarikat ini juga menggunakan perang harga hantu. Harga asal produk dikekalkan rendah tetapi harga produk itu menjadi lebih tinggi apabila produk itu mula digunakan. Contohnya, spirulina terkenal dengan khasiat pemakanan yang seimbang manakala bijirin pula merupakan makanan berserat tinggi yang sering disyorkan oleh ahli pemakanan. Bijirin Spirulina DXN terdiri daripada gabungan bijirin dan serbuk spirulina yang berkualiti tinggi. Ia merupakan salah satu sumber pemakanan yang utama bagi pelanggan. Produk ini dijual secara kotak ataupun secara paket. Sekiranya pelanggan membeli secara kotak harganya berpatutan. Namun sekiranya pelanggan membeli secara paket harga telah meningkat. Pelanggan tidak menyedari perkara ini kerana peningkatan harga adalah terlalu sedikit. Tambahan pula, produk ini adalah produk yang perlu diamalkan oleh pelanggan.
Kesimpulannya, strategi yang digunakan oleh syarikat ini mampu untuk memastikan mereka terus kekal dalam pasaran. Namun syarikat ini perlu peka dengan strategi yang lain kerana terdapat banyak lagi strategi yang boleh mengekalkan kesinambungan pasaran mereka dalam industri ini.
3.2 Analisa dan menilai strategi yang sesuai
       Strategi yang digunakan adalah sangat penting bagi memastikan syarikat terus kukuh dan berada di landasan yang betul bagi menjana keuntungan yang berterusan. Syarikat DXN perlu bijak untuk memilih strategi yang sesuai supaya mereka dapat bersaing dengan pesaing-pesaing mereka.
          Antara strategi lain yang boleh digunakan oleh syarikat ini ialah strategi pembangunan produk. Strategi ini berorientasikan kepada usaha-usaha membangunkan produk sedia ada. Apa yang dimaksudkan dengan pembangunan produk disini ialah usaha-usaha kearah menambahbaik kualiti produk. Contohnya,  salah satu produknya ialah Minuman Jambu Batu merah DXN diperbuat daripada buah puri dan tidak mengandungi pewarna tiruan dan juga diperkaya dengan Vitamin C. Syarikat DXN hanya mengeluarkan minuman jambu batu dalam bentuk cecair. Bagi membangunkan produk ini syarikat ini boleh mengeluarkan minuman ini dalam bentuk serbuk pula. Kelebihannya ialah serbuk lebih ringan daripada cecair dan paketnya lebih kecil yang mudah dibawa oleh pelanggan.
            Strategi kedua yang boleh digunakan ialah strategi pengembangan pasaran. Strategi ini memfokuskan kepada syarikat yang berusaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri. Pendekatan yang diambil ialah mempromosi dan menjual barang sedia ada ke kawasan baru. Strategi ini sesuai untuk dilaksanakan ditempat yang belum lagi dikuasai oleh mana-mana pihak lain. Sebagai contoh syarikat ini boleh mengembangkan produknya ke Filipina. Negara Filipina merupakan negara yang mempunyai ramai penduduk. Negara ini juga tidak mempunyai pesaing yang kuat dalam industri ini. Sekiranya syarikat DXN memasarkan produknya ke negara ini, potensi untuk menjana keuntungan adalah tinggi.   
          Seterusnya strategi yang boleh digunakan ialah menegak ke hadapan. Strategi ini merujuk kepada cara perkembangan syarikat yang berorientasikan pendekatan mengambilalih syarikat pengedarnya. Seperti yang telah dinyatakan diatas, pengambilalihan itu boleh dilakukan dengan cara membeli keseluruhan ataupun sebahagian sahaja daripada jumlah ekuiti syarikat pengedar tersebut. SHM Distributors CC merupakan salah sebuah syarikat pengedarnya. Syarikat DXN boleh mengambilalih syarikat pengedarnya ini dengan membeli keseluruhan ekuiti syarikat ini ataupun sebahagian sahaja. Kelebihan strategi ini ialah ia boleh menggunakan rangkaian pengedarnya itu dengan lebih berkesan di samping mendapat hak untuk terlibat secara langsung dalam proses membuat perancangan dan keputusan syarikat pengedarnya itu.
Strategi lain yang boleh digunakan ialah strategi pelbagaian konglomerat. Strategi ini merujuk kepada cara memperkembangkan perniagaan dengan memasuki industri yang berbeza sama sekali dengan latar belakangnya dari industri yang sedang diceburi oleh syarikat itu. Seperti yang diketahui DXN merupakan syarikat yang berada dalam industri makanan dan minuman. Syarikat ini terlalu menumpukan kepada ganoderma yang dapat menghasilkan pelbagai varieti makanan dan minuman. Bagi meluaskan pasarannya syarikat ini boleh menceburi industri yang lain contohnya industri perladangan dan sebagainya.
Kesimpulannya, terdapat banyak strategi yang boleh digunakan oleh syarikat ini untuk memperluaskan lagi empayarnya. Penggunaan strategi yang betul adalah sangat penting kepada sesebuah syarikat. Ini kerana kesilapan dalam memilih strategi boleh menyebabkan syarikat mengalami kerugian, secara tidak langsung boleh mencemarkan nama syarikat.
3.3 Strategi yang paling berkesan

Berdasarkan kekuatan peluang yang ada pada syarikat ini, strategi yang paling berkesan yang boleh digunakan ialah strategi pembangunan produk. Strategi ini berorientasikan kepada usaha-usaha membangunkan produk sedia ada. Apa yang dimaksudkan dengan pembangunan produk disini ialah usaha-usaha kearah menambahbaik kualiti produk.
Strategi ini berkesan kerana jika dilihat dari peluang syarikat ini, penanaman ganoderma yang sangat sesuai ditanam di Malaysia yang bersuhu panas dan lembab. Perkara ini mampu memberi kelebihan kepada kepada syarikat kerana tidak perlu untuk mengimport ganoderma dari negara luar untuk menghasilkan produk. Sekiranyanya syarikat mengimport ganoderma dari negara luar ini akan meningkatkan kos kepada syarikat. Cuaca di Malaysia yang bersuhu panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan ganoderma tumbuh subur di negara ini. Oleh itu, syarikat tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan ganoderma. Seterusnya syarikat dapat membangunkan produknya yang berasaskan ganoderma.
Selain itu, strategi ini sangat berkesan kerana syarikat ini amat menekankan kepada ganoderma. Fokus mereka hanyalah kepada produk yang berasaskan ganoderma. Antara produk yang dikeluarkan ialah minuman jambu batu merah, spirulina kopi, jem dan sebagainya. Melalui penekanan yang diberikan oleh syarikat ini, jelas menunjukkan pembangunan produk adalah strategi yang paling sesuai digunakan. Ini kerana untuk membangunkan sesuatu produk, penekanan kepada sesuatu produk yang ingin dibangunkan adalah penting bagi mengelakkan dari berlaku kerugian akibat dari salah memilih produk yang ingin dibangunkan.
Seperti yang diketahui, kelebihan yang dimiliki oleh DXN adalah dimana syarikat ini mempunyai pembekal utama bahan mentah mereka sendiri iaitu DXN Pharmaceutical (Farm) yang terletak di sebelah kilang syarikat tersebut. Syarikat ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan alat utamanya iaitu ganoderma. Ini kerana mereka mempunyai ladang ganoderma mereka sendiri yang terletak disebelah kilang mereka. Oleh itu syarikat tidak akan mempunyai masalh sekiranya untuk membangunkan produknya yang berasaskan ganoderma.
Kesimpulanya, strategi pembangunan produk adalah strategi yang paling berkesan yang boleh digunakan oleh syarikat ini kerana syarikat ini menekankan kepada produk yang berasaskan ganodema, di mana ganoderma ini mudah untuk diperolehi oleh syarikat ini kerana mereka mempunyai pembekal mereka sendiri. Disamping itu, cuaca di Malaysia sangat sesuai untuk penanam tumbuhan ini.

No comments:

Post a Comment